PENGGUNAAN SYAHADAH (KESAKSIAN) DALAM PERBICARAAN KES-KES MAL DI MAHKAMAH SYARIAH

Fathin Shahirah Abd Rahim

Abstract


Syahadah (kesaksian) merupakan salah satu kaedah pembuktian tertinggi dalam hukum syarak mahupun undang-undang buatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa permasalahan timbul berkaitan kebolehterimaan syahadah di Mahkamah Syariah terutamanya status syahadah yang diberikan oleh orang bukan Islam, wanita dan kanak-kanak. Selain itu, terdapat segelintir masyarakat meragui dan kurang mempercayai syahadah sebagai salah satu kaedah pembuktian di Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji konsep syahadah dan perbezaannya dengan kaedah pembuktian yang lain. Kajian ini turut menganalisa syarat kelayakan saksi dan bilangan saksi serta sejauh mana penggunaan syahadah dalam perbicaraan kes mal di Mahkamah Syariah. Bagi menyempurnakan kajian, pengkaji menggunakan metode analisis kandungan. Hasil kajian mendapati konsep syahadah berbeza dengan konsep kaedah pembuktian yang lain. Di samping itu, kajian mendapati bahawa syahadah telah digunakan secara meluas dalam perbicaraan kes-kes mal di Mahkamah Syariah seluruh negara.

Keywords


Syahadah, kesaksian, Mahkamah Syariah

Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz Hussin, 2003, Hubungan Saksi Dengan Keterangan Mahkamah Syariah, Kuala Lumpur: Majalah MATRA.

Al-Asqalani, Ibn Hajar, 1992, Bulughul Maram, Jakarta: Rineka Cipta.

Al-Husni, Taqiyuddin Abu Bakar Muhammad, 2014, Terjemah Kifayah al-Akhyar Fiqh al-Imam al-Syafie, Terj. Johor: Perniagaan Jahabersa.

Al-Khin, Mustafa, al-Bugha, Mustafa & al-Syarbaji, Ali, 2009, Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie, Selangor: Darul Syakir Enterprise.

Al-Zuhaili, Wahbah, 2011, Fiqih Islam Wa Adillatuhu, Jakarta: Gema Insani.

Al-Zuhaily, Muhammad Mustafa, 2012, Al-Mu’tamad Dalam Fiqh Mazhab Syafie, Kuala Lumpur: Persekutuan Seruan Islam (Jami’ah).

Anggun Malinda S.H M.H, 2016, Perempuan Dalam Sistem Peradilan Pidana, Garudhawaca: Yogjakarta.

Ammar Badruddin Ramli & Che Maryam Ahmad, 2015, Pembuktian Cerai Taklik Di Mahkamah Syariah, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amin al-Jarumi, 2005, Pembuktian Dalam Syariat Islam, Malaysia: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).

Azizah Mohd Rapini & Ruzman Md Noor, 2016, Syahadah Dalam Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur, Selangor.

Mahmud Saedon A Othman, 1990, Undang-Undang Keterangan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Naufal Mohd Tarmizi, 2008, Aspek-Aspek Klasikal Dalam Undang-Undang Keterangan Islam Dan Kesesuaiannya Dalam Masyarakat Global Masa Kini, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Salam Madkur, 1964, Al-Qadha fi al-Islam, Mesir: Darul Nahdah.

Paizah Haji Ismail, 2008, Kaedah Pembuktian Dalam Kes Hudud, KualaLumpur: Universiti Malaya.

Paizah Haji Ismail, 2010, Wanita Status Sosial Dan Undang-Undang Islam, Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.

Siti Zalikhah Md Nor, 2006, Al-Syariah Fiqh Jenayah, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Dan Bahasa.

Zulfakar Ramlee Saad, 2007, Pembuktian Dalam Kes Jenayah Syariah Malaysia: Isu Dan Penyelesaian, Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Zulkifli Hasan, 2008, Memahami Undang-Undang Keterangan Islam, Selangor: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia .


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.