TAHAP KEFAHAMAN MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MELAKA TERHADAP KESALAHAN BERSEKEDIAMAN DI BAWAH SEKSYEN 53 ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991: SATU KAJIAN SOSIO-PERUNDANGAN
Nadiah Mohd Zin, Fabli Yusof, Puteri Maisara Mohamad Ramli
Abstract
Kajian sosio-perundangan ini menilai tahap kefahaman mahasiswa Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terhadap kesalahan bersekediaman di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 menggunakan reka bentuk kaedah campuran. Komponen kuantitatif melibatkan soal selidik ringkas kepada 133 responden dan dianalisis melalui peratusan mudah bagi menilai penguasaan definisi serta elemen kesalahan. Dapatan menunjukkan kefahaman berada pada tahap sederhana, dengan ramai responden tidak pasti apabila diminta menerangkan konsep bersekediaman dan wujud kekeliruan apabila bersekediaman disamakan dengan khalwat. Komponen kualitatif melalui temu bual Ketua Pendakwa Syarie Negeri Melaka mengukuhkan dapatan bahawa istilah “khalwat” lebih dominan dalam kefahaman, manakala skop bersekediaman kurang difahami. Analisis rekod pentadbiran HEPA secara agregat turut menunjukkan keperluan intervensi kampus yang lebih tersusun. Kajian mencadangkan pengukuhan literasi undang-undang melalui program kesedaran jenayah syariah, pendidikan undang-undang jenayah, serta sokongan kaunseling dan pemantauan awal pelajar berisiko.
Keywords
Bersekediaman; Seksyen 53; Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991; kefahaman mahasiswa; sosio-perundangan
References
Abd. Latip, Z. (2024). Maklumat data salah laku pelajar berkaitan kesalahan bersekediaman/khalwat (rekod pentadbiran dalaman) [Data pentadbiran tidak diterbitkan]. Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Islam Melaka, Melaka, Malaysia.
Abd. Latip, Z. (2025). Tambahan Maklumat data salah laku pelajar berkaitan kesalahan bersekediaman/khalwat (rekod pentadbiran dalaman) [Data pentadbiran tidak diterbitkan]. Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Islam Melaka, Melaka, Malaysia.
Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.
