TAKAFUL SEMULA DALAM INDUSTRI INSURANS: TINJAUAN KHUSUS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DAN UNDANG-UNDANG

Mohd Sabree Nasri

Abstract


Takaful semula (retakaful) merupakan satu prosedur atau mekanisme melalui perjanjian yang membolehkan pengendali takaful langsung yang dipanggil ‘cedant’ memindahkan atau menyerahkan sebahagian daripada risiko yang ditanggung kepada pengendali takaful atau pengendali takaful semula yang lain. Namun, tidak semua takaful semula yang dilakukan oleh syarikat takaful dijalankan dalam industri takaful juga memandangkan kekurangan dana atau modal sesebuah syarikat takaful semula tersebut (yang berteraskan Islam). Justeru, sebagai alternatifnya perkhidmatan takaful semula dalam industri insurans digunakan (insurans konvensional) bagi menampung kekurangan yang wujud dalam syarikat takaful semula. Maka artikal ini akan memfokuskan kepada modus operandi, hukum dan justifikasi takaful semula dalam industri insurans. Analisis dilakukan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) dan meneliti beberapa peruntukan akta yang berkaitan serta melihat kepada justifikasi badan yang berautoriti seperti resolusi yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia. Hasil dapatan menunjukkan tahap kebergantungan dan keperluan syarikat takaful terhadap industri insurans di Malaysia pada masa kini masih diperlukan. Maka, atas dasar darurah dan maslahah, majoriti ulama dan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mengharuskan takaful semula dilakukan dalam industri insurans dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keywords


takaful semula, insurans semula, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Resolusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.