KONTRAK ELEKTRONIK: ISU DAN PENYELESAIAN UNDANG-UNDANG

Marina Abdul Manap

Abstract


Transaksi perdagangan elektronik berkembang dengan pesat di mana saja di dunia termasuk Malaysia. Setiap hari kontrak elektronik terbentuk dalam pelbagai urusan khususnya jual beli barangan dan perkhidmatan. Kecanggihan teknologi maklumat pada hari ini menyebabkan transaksi secara elektronik semakin mencabar dan kompleks. Isu-isu perundangan sering timbul bermula daripada proses pembentukan kontrak sehinggalah kepada penguatkuasaan kontrak secara elektronik. Penulisan ini bertujuan memberi kefahaman secara jelas berkaitan isu-isu perundangan yang timbul dalam transaksi kontrak secara elektronik dan meneliti beberapa peruntukan undang-undang yang terpakai bagi menguatkuasakan transaksi kontrak secara elektronik di negara ini. Selain itu, artikel ini juga turut mengenalpasti penyelesaian kepada isuisu berkaitan transaksi kontrak secara elektronik berdasarkan peruntukan undang-undang dan keputusan kehakiman semasa daripada beberapa buah negara seperti United Kingdom dan India. Kajian ini dihasilkan dengan menganalisis beberapa peruntukan undang-undang di Malaysia dan kes-kes yang telah diputuskan berdasarkan perundangan semasa. Secara umumnya, melalui analisis yang dibuat, pelaksanaan dan penguatkuasaan kontrak secara elektronik akan lebih berkesan dengan kewujudan beberapa penyelesaian yang telah dicadangkan dalam artikel ini.

Keywords


Kontrak elektronik, undang-undang Malaysia, isu-isu perundangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.