KETERANGAN PENDAPAT PAKAR SEBAGAI KAEDAH PEMBUKTIAN DALAM KESALAHAN JENAYAH SYARIAH DI ALAM SIBER

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor

Abstract


Isu jenayah Syariah di alam siber pada masa kini semakin berleluasa rentetan daripada perkembangan teknologi yang semakin canggih. Walaupun telah wujud peruntukan terhadap kesalahan jenayah Syariah di setiap negeri, namun ia masih belum dapat menyelesaikan kes yang melibatkan jenayah Islam terutamanya yang berlaku di alam siber dan ia berada diluar pengetahuan hakim. Antara halangan pelaksanaan jenayah Syariah di alam siber adalah disebabkan oleh elemen pembuktian yang terbatas serta pemakaian keterangan pendapat pakar yang sangat terhad di Mahkamah Syariah. Justeru itu, artikel ini akan menganalisa secara khusus peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang mempunyai kaitan dengan kesalahan jenayah di alam siber serta Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002. Selain itu, kes dan artikel yang berkaitan akan dirujuk untuk mendapatkan data dan maklumat yang terkini. Hasil kajian mendapati bahawa keterangan pendapat pakar perlu diperkemaskan dan seterusnya diterima pakai di Mahkamah Syariah sebagai salah satu kaedah pembuktian bagi menangani jenayah Syariah yang berlaku di alam siber pada masa kini.


Keywords


Keterangan Pendapat Pakar, Jenayah Siber, Kesalahan Jenayah Syariah, Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah.

Full Text:

PDF

References


Ahmad Syukran Baharuddin. (2017). Di Sebalik Fiqah Forensik: Hukum-hakam Berkaitan Pengalaman Forensik. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dakwa hina Islam: Polis buka kertas siasatan video Namawee. (Berita Awani, 29 Julai 2016). http://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwa-hina-islam-polis-buka-kertas-siasatan-video-namawee-112477. (diakses pada 19 Januari 2018).

Guru didakwa hina Islam di FB disiasat. (Utusan Online, 18 Disember 2017). http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/guru-didakwa-hina-islam-di-fb-disiasat-1.574875. (diakses pada 19 Januari 2018).

Guru disiasat kerana didakwa hina Islam di Facebook. (Berita Harian, 17 Disember 2017). https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/12/364511/guru-disiasat-kerana-didakwa-hina-islam-di-facebook. (diakses pada 19 Januari 2018).

Hina Nabi Muhammad: Laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Asiah. (Kosmo Online, 16 November 2017). http://www.kosmo.com.my/negara/hina-nabi-muhammad-laporan-polis-dibuat-terhadap-pemilik-akaun-asiah-1.554036. (diakses pada 19 Januari 2018).

Hukum mati hina Islam di Facebook. (Metro, 13 Jun 2017). https://www.hmetro.com.my/global/2017/06/237195/hukum-mati-hina-islam-di-facebook. (diakses pada 19 Januari 2018).

Ibnu Qayyim. (1977). al-Turuq al-Hukmiyyah. Mesir: Matbaah al-Madani.

Mahmud Saedon A. Othman. (1990). Undang-undang Keterangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

MJMM buat laporan polis kes hina Islam di Facebook. (Sinar Online, 14 Ogos 2013). http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/mjmm-buat-laporan-polis-kes-hina-islam-di-facebook-1.192014. (diakses pada 19 Januari 2018).

Mohd Sabree Nasri & Ruzman Md Noor. (2020). Kategori Keterangan Pendapat Pakar di Mahkamah Syariah: Isu dan Cadangan Pelaksanaan Undang-Undang. Journal of Shariah Law Research (2020) vol. 5 (1) 35-54.

Mohd Sabree Nasri, Mohamad Afandi Md Ismail, Abu Suffian Abu Yaziz, Al Adib Samuri. (2017, 31 July - 1 Ogos). Keterangan Pakar Sebagai Cara Pembuktian di Mahkamah Syariah. Kertas Kerja dibentangkan di E-Proceeding Of The 4th World Conference On Integration Of Knowledge 2017, Bayview Beach Resort, Batu Ferringhi Beach, Pulau Pinang, Malaysia.78-86.

Mohd Sabree Nasri. (2015). Jenayah Sihir di Malaysia: Permasalahan dan Cadangan Pelaksanaan Undang-undang. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 19, 51-58.

Mohd Sabree Nasri. (2018). Akta 355 dan Perkembangan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam Perkara Jenayah Di Malaysia. Journal of Law & Governance, Vol. 1 (No. 1) 2018: 77-90.

Sahizan Sagi. (2015). Awas! Jenayah Siber. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamrahayu A. Aziz. (2016). Isu Penguatkuasaan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zubaidah Ismail. (2016). Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zubaidah Ismail. (2017). Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Rujukan Statut

Akta Jenayah Komputer 1997.

Akta Keterangan 1950.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Akta Rahsia Rasmi 1972.

Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002.

Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002.

Kanun Keseksaan.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.