KECERDASAN SPIRITUAL DAN KESIHATAN MENTAL REMAJA

Suhaya Deraman, Noraini Abdol Raop, Siti Aishah Yahya, Siti Nazurulaina Hj Aripin

Abstract


Kajian ini bertujuan menganalisis kecerdasan spiritual dan hubungannya dengan kesihatan mental dalam kalangan remaja di Kuala Sungai Baru, Melaka. Statistik kajian-kajian lepas menunjukkan tahap kesihatan mental dalam kalangan penduduk Malaysia semakin membimbangkan. Masalah kesihatan mental ini dijangkakan akan menjadi pembunuh nombor dua di Malaysia selepas penyakit jantung. Aspek kecerdasan spiritual dijangkakan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kesihatan mental kerana banyak permasalahan dalam kehidupan hari ini dikenalpasti berpunca daripada masalah spiritual yang tidak diurus dengan baik yang menyebabkan kesihatan mental terjejas. Selain itu, perbezaan kesihatan mental berdasarkan pendapatan ibu bapa, jantina, pendidikan ibu bapa dan tingkatan juga diukur dalam kajian ini. Kajian kuantitatif berbentuk deskriptif dan inferensi ini menggunakan soal selidik General Health Questionnaire dan Spiritual Intelligence Assessment Scale bagi tujuan mengkaji pembolehubah kajian. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) menggunakan analisis Korelasi, ANOVA Sehala dan Ujian t. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecerdasan spiritual mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan kesihatan mental (r(227) = .310, k < .01).  Walau bagaimanapun, keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kecerdasan spiritual berdasarkan pendapatan ibubapa (F(33, 193)  = 1.110, k> .05), tidak terdapat perbezaan kecerdasan spiritual berdasarkan jantina (t(225)  = -1.763, k> .05), tidak terdapat perbezaan kesihatan mental berdasarkan pendidikan ibubapa (F(22, 204)  = 1.019, k> .05) dan tidak terdapat perbezaan kesihatan mental berdasarkan tingkatan (F(22, 204)  = 1.050, k> .05). Data kajian yang diperolehi ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada pihak sekolah, para kaunselor, ibu bapa dan pihak-pihak berkepentingan bagi merancang teknik dan intervensi yang sesuai dengan memberi penekanan kepada aspek kecerdasan spiritual bagi mendepani isu kesihatan mental remaja.


Keywords


Kecerdasan Spiritual, Kesihatan Mental, Remaja

Full Text:

PDF

References


Abbasi, M., Azizi, F., Goshki, E. S., Rad, M. N., & Lakah, A. 2012. Conceptual and Operational Definition of Spiritual Health: A Psychological Study. Journal of Medical Ethics, 6, 11–44.

Abdul Rashid Abdul Aziz, Mohd Faizal Kasmani & Nor Hamizah Ab Razak. 2021. Implikasi Ketagihan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Remaja Semasa Pandemik COVID-19. Journal of Social Sciences and Humanities. 18 (8): 66-81.

A. Ghaleei, B. Mohajeran & M. Mahmoodzadeh. 2016. The Relationship among Spiritual Intelligence, Mental Health and Job Stress in Nurses in Imam Khomeini Hospital of Mahabad. Scientific Journal of Hamadan Nursing & Midwifery Faculty, 23, No. 4.

Andang Andaiyani & Abdul Said Ambotang. 2020. Pengaruh Kecerdasan Emosi, Kecerdasan Spiritual dan Persekitaran Keluarga Terhadap Stress Akademik Murid Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5 (5): 12-23.

Che Su Mustaffa, Nuredayu Omar & Munif Zarrirudin Fikri Nordin. 2010. Antesedan Kecerdasan Emosi, Kecerdasan Spiritual dan Kecerdasan Emosi Spiritual (ESQ) dalam Kalangan Pelajar Sekolah Berasrama Penuh dan Institusi Pengajian Tinggi. Journal of Techno-Social. Penerbit UTHM. 82-98.

Esfahani M., 2010. Spiritual Health and Comments. Medical Ethics Journal, 14 (4) : 41-49.

Ghada Saad Suliman Altalha. 2020. The Role of Spiritual Intelligence, Age, Gender, and Specialization in Predicting University Students' Mental Health. https://www.eimj.org/uplode/images/photo/The_Role_of_Spiritual_Intelligence.pdf

Intan Nurhaila Meor Safari, Norlija Kassim, Nur Falihin Iskandar, Mohamad Haazik Mohamed & Mohd Yusof Hj. Abdullah. 2011. Tahap Pengetahuan Mengenai Kesihatan Mental dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA : Kajian Kes di UKM, Bangi. Jurnal Personalia Pelajar 14 : 37-44.

Mahadir Ahmad, Normah Che Din & Fauziah Shaari. 2004. Reaksi Tekanan terhadap Kesihatan Mental Juvana. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 2 (2) : 53-62.

Mohd Yusof Othman dalam Abdul Razak Ahmad. 2005. Mahasiswa Abad 21. Bangi, Selangor : Fakulti Pendidikan UKM dan Yayasan Istana Abdul Aziz.

Norazwa binti Yeop Kamarudin. 2013. Pengaruh Kecerdasan Emosi dan Kecerdasan Spiritual ke Atas Salah Laku Remaja Sekolah. Tesis Sarjana yang Tidak Diterbitkan. Universiti Teknologi Malayia.

Rahimi, H. 2015. The Relationship between Religious Attitudes and Spiritual health with Life Satisfaction in Nursing Students of Kashan University of Medical Sciences. Medical Ethics Journal, 1(2), 9–18.

Rieke Saraswati. 2020. Pentingnya Kecerdasan Spiritual untuk Hidup yang Lebih Bermakna. Retrieved from https://www.sehatq.com/artikel/pentingnya-kecerdasan-spiritual-untuk-hidup-yang-lebih-bermakna.

Rohana Hamzah, Hafiz Salehan, Ahmad Muhaimin, Hadijah Ahmad, Mohd. Suhardi Mad Jusoh & Fatmawati Latada. 2021. Kesihatan Mental dan Kecerdasan Spiritual Mahasiswa di Universiti ; Satu Perbandingan Antara Tahun Pengajian dan Agama. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC). 10 (3) : 18-35.

Roslee Ahmad & Mohamed Sharif Mustaffa & Jamaludin Ramli. 2005. Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Masa Kini, Suatu Pendekatan Kaunseling Berdasarkan Nilai-Nilai Islam. Kertas Kerja dibentangkan di Persidangan Kaunseling Universiti Malaya. 28-29 November. Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Shamzaeffa Samsudin & Kevin Tan Chee Hong. 2016. Hubungan Antara Tahap Kesihatan Mental dan Prestasi Pelajar Sarjana Muda : Satu Kajian di Universiti Utara Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 14 (1) : 11-16.

Suhaya Deraman, Salasiah Hanin Hamjah, Ahmad Irdha Mokhtar & Mohamad Izzat Emir Ghazali. 2017. Persepsi Masyarakat terhadap Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Spiritual. Islamiyyat : International Journal of Islamic Studies. 39 (1), 57-65.

Suriani Sudi & Rosni Wazir. 2015. Kecerdasan Spiritual: Kupasan Menurut Perspektif Hadis. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah & Syariah (IRSYAD2015): ms 1-13.

World Health Organization. 2009. International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems. Retrieved from https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=0byXrYpnFBoC&oi=fnd&pg=PR 5&dq=world+Health+Organization.+(2009).+International+Statistical+Classification+ of+Diseases+and+Related+Health+Problems.&ots=GUiIjsh30A&sig=8Uigedki709nU aQdwGZjwkHxYE#v =onepage&q&f=false


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.