PEMERKASAAN PERANAN RUKUN TETANGGA (RT) DALAM PENCEGAHAN JENAYAH DI DAERAH MUALLIM, PERAK

Nurul Iman Iwan, Norhafiza Mohd Hed, Muhamad Sayuti Hassan @ Yahya

Abstract


Kewujudan Rukun Tetangga (RT) dalam komuniti dilihat sangat membantu pihak berkuasa dalam
melaksanakan tugas menjaga keamanan negara, khususnya dalam mencegah kegiatan jenayah yang
berlaku di sekitar kawasan kejiranan. Oleh itu, kajian ini menyelidiki sejauhmanakah peranan yang
dimainkan oleh RT dalam mencegah jenayah dengan memfokuskan analisisnya kepada latar belakang
penubuhan dan peranan RT, menganalisis aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh RT dalam
mengurangkan kadar jenayah di sekitar kawasan kajian iaitu di Daerah Muallim, Perak dan
mencadangkan penambahbaikan dalam program-program pencegahan jenayah yang dilaksanakan oleh
RT. Dengan menggunakan pendekatan kualitatif menerusi temu bual dan analisis dokumen, dapatan
kajian menunjukkan bahawa skop RT ini telah diperluaskan daripada hanya memfokuskan kepada
keselamatan kejiranan, kepada pembangunan komuniti setempat dengan memberi keutamaan kepada
perpaduan dan pemupukan semangat kejiranan. Selain itu, aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah yang
dilaksanakan oleh RT tidak hanya mencakupi kegiatan rondaan di sekitar kawasan komuniti, tetapi
termasuk juga aktiviti masyarakat seperti kempen pencegahan jenayah dan kesedaran keselamatan
komuniti. Walaupun peranan RT sangat besar dalam mencegah jenayah di daerah Muallim, namun
ianya perlu diperkasa dan diperkukuhkan dengan menubuhkan pondok-pondok keselamatan di setiap
komuniti dan diwujudkan satu pusat RT yang aktif dalam menguruskan semua kegiatan dan program
pencegahan jenayah bagi memastikan keselamatan komuniti di daerah Muallim ini.


Keywords


Pemerkasaan, Peranan Rukun Tetangga, Pencegahan, Jenayah

Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz, H. (2010). Panduan umum Undang-Undang Jenayah di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Budi Anto, M.T., Mohd Sohaimi, E., Dayu, S., Yusten, K. (2019). Rukun Tetangga dalam konteks kesepaduan sosial di Pantai Barat Sabah: Suatu tinjau awal. Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan kali ke-2 pada 19 September 2019 di Hotel Grand Borneo, Kota Kinabalu, Sabah.

Hamidah, A. B. (2014). Kepimpinan Rukun Tetangga: Satu kajian kes di kawasan Rukun Tetangga Kampung Malaysia Raya, Cheras, Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020). Statisik Jenayah Malaysia 2019. Diperoleh https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=OWZSTkRPbGxwREpFbjRjZ2w1OUVGUT09.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. (2020). JPPRT Perkasakan Peranan Rukun Tetangga.

Jabatan Perpaduan Negara. (1975). Peraturan-Peraturan Perlu (Rukun Tetangga) 1988. Kuala Lumpur.

Kementerian Perpaduan Negara (2021). Pelan pemerkasaan kepimpinan komuniti Rukun Tetangga 2021-2030. Putrajaya: Kementerian Perpaduan Negara.

Majlis Daerah Tanjung Malim (2019). Latar belakang Daerah Muallim. Diperoleh http://www.mdtm.gov.my/

Mohd Syariefuddin, A., Syed Salman al-Yahya, S.S., & Nur Azah, R. (2022). Keberkesanan strategi Rukun Tetangga (RT) dalam memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Tanjung Malim Perak. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 3 (1), 143-154.

Mohd Syariefudin, A., Mansor, M.N., Ahmad Rizal, M. Y., Faridah, C.H. (2017). Social cohesion in Rukun Tetangga in Hulu Langat, Selangor, Malaysia. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, Special Issue 2, 057-072.

Mohd Syariefudin, A., Mazdi, M., Mohamad Marzuqi, A.R., Muhammad Akramin, K.Z., & Khairul Ghufran, K. (2020). Penubuhan Rukun Tetangga (RT) di Malaysia daripada perspektif Islam. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 6(1), 99-111.

Nur Hidayah, A.M., Zurinah, T., Jalaluddin, A.M. (2020). Faktor pemilihan permahan komuniti berpagar dan kepentingan Rukun Tetangga dalam pencegahan jenayah. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 17(8), 234-245.

Nur Qurratul’ Aini, I., Kamarudin, N., & Jamaludin, M. (2018). Pelaksanaan dan pencapaian program Kepolisan Komuniti di Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial, 21(9), 89-104.

Vasco, L. (2018). Neighbourhood watch in a digital age: Between crime control and culture of control. London: Palgrave Macmillan.

Wan Zumaiza, W.M., Sarjit, S.G., & Ismi Arif, I. (2016). Penglibatan Jiran Muda dalam aktiviti Rukun Tetangga di daerah Hulu Langat, Selangor. Malaysian Journal of Youth Studies, 14, 257-272.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.