PERLAKSANAAN AMANAH DALAM NASKHAH SULALATUS SALATIN

Salihahs Razak, Arba’ie Sujud, Salmah Jan Noor Muhammad, Adi Yasran Abdul Aziz

Abstract


Kajian ini bertujuan menilai tahap perlaksanaanamanah dalam naskhah Sulalatus Salatin berpandukan peruntukan hukum Islam yang berpaksikan al-Quran dan Hadis. Amanah merupakan satu tanggungjawab yang diberi untuk dilaksanakan oleh penerima amanah. Hal ini kerana, penerima amanah merupakan individu mahupun kelompok yang dipilih dan dipercayaiuntuk melaksanakan amanah tersebut.Dalam hal ini, konsep amanah dapat memberi ruang kepada penerima amanah untuk menunaikan impian, hasrat dan harapan pemberi amanah. Bertitik tolak dari kepentingan tersebut, penulisan inibertujuan mengenal pasti perlaksanaan amanah dalam naskhah Sulalatus Salatinsama ada dilaksanakan atau sebaliknya. Hasil perbincangan mendapati bahawa terdapat tiga jenis pemberian amanah dalam naskhah Sulalatus Salatin iaitu pemberian amanah raja kepada pembesar, pemberian amanah raja kepada bakal pengganti raja dan pemberian amanah pembesar kepada raja. Berdasarkan dapatan tersebut, hasil menunjukkan bahawa kewajipan terhadap pelaksanaan amanah yang diperuntukkan dalam hukum Islam tidak dilaksanakan sepenuhnynya dalam naskhah Sulalatus Salatin.

Keywords


Perlaksanaan, Dilaksanakan, Tidak Dilaksanakan, Pemberian Amanah, al-Quran, Hadis, naskhah Sulalatus Salatin

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.