KRITERIA PENTING UNTUK MENGUKUR KEADAAN BANGUNAN WARISAN

Siti Nor Fatimah Zuraidi, Mohammad Ashraf Abdul Rahman, Zainal Abidin Akasah

Abstract


Ketahanan keadaan sesebuah bangunan warisan bukan terletak pada penampilan unsur senibina, tetapi juga dalam integriti semua komponennya, ianya dianggap sebagai kriteria unik teknologi pembinaan pada masa dahulu. Walaubagaimanapun, kriteria ini terdiri daripada pelbagai dan tidak khusus. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mengukur kriteria penting keadaan sesebuah bangunan warisan di Malaysia. Data diperolehi melalui borang soal selidik dan akan dianalisis menggunakan Purata Indeks (AI) bagi menentukan kriteria mengikut tahap kepentingan masing-masing. Borang soal selidik telah diedarkan kepada pakar panel dalam bidang pengurusan bangunan warisan termasuk daripada industri dan ahli akademik. Kriteria yang telah ditetapkan akan digunakan sebagai komponen untuk membangunkan satu model kaedah baru dalam menentukan keadaan bangunan warisan di Malaysia.

Keywords


Kriteria, Bangunan Warisan, Penilaian Keadaan, Purata Indeks (AI)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.