FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TEKANAN KERJA DALAM KALANGAN ANGGOTA POLIS: SATU KAJIAN DI KEM BATALION 9 PGA KUALA TERENGGANU

Nursyazlin Yatie Mohd Zaidi, Noraini Abdol Raop

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu umur, taraf perkahwinan, gaji, taraf pendidikan, tempoh perkhidmatan, pangkat yang disandang dan tempoh menyandang pangkat sekarang dalam kalangan anggota polis di Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kuala Terengganu, Terengganu. Terdapat enam faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan. Alat kajian yang digunakan ialah Occupational Stress Indicator (OSI) oleh Cooper, C.L, Sloan, D & William, S.P (1988). Seramai 60 orang anggota telah dipilih sebagai responden bagi mewakili populasi. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratus manakala statistik inferensi menggunakan ANOVA Sehala. Dapatan kajian menunjukkan min bagi faktor tekanan yang tertinggi ialah faktor struktur dan iklim organisasi. Manakala faktor tekanan yang terendah ialah faktor kerjaya dan pencapaian. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi faktor tekanan dalam kalangan responden dari aspek taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan gaji. Manakala kajian juga mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tekanan kerja berdasarkan faktor tempoh perkhidmatan. Penyelidik mencadangkan agar pihak pengurusan mengambil langkah lebih proaktif dengan memberikan pendedahan melalui pelbagai kursus dan latihan yang bersesuaian secara konsisten terutamanya latihan kemahiran pengurusan tekanan kerja kepada kakitangan bagi melahirkan kakitangan yang produktif dan inovatif.

Keywords


Tekanan Kerja, Anggota Polis, Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.