CABARAN BUJANG LEWAT USIA: STIGMA TERHADAP WANITA BERKERJAYA

Faudziah Yusof, Farrah Wahida Mustafar

Abstract


Stigma merupakan satu tanggapan atau tafsiran negatif terhadap norma atau kebiasaan di dalam masyarakat. Stigma boleh menyebabkan tekanan dan menyebabkan gangguan emosi kepada individu yang terlibat. Pelabelan dengan istilah dan sikap tertentu yang berunsur negatif adalah stereotaip yang sinonim di dalam masyarakat Melayu khususnya dalam isu jodoh dan perkahwinan terhadap wanita bujang yang lewat usia. Kajian ini menumpukan kepada stigma yang diterima oleh wanita bujang yang lewat usia. Perkahwinan di dalam masyarakat di Malaysia, dianggap sebagai suatu cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain apabila seseorang wanita itu sudah dianggap „cukup umur?. Lazimnya wanita di Malaysia akan melangsungkan pernikahan pada usia tertentu, namun sehingga kini telah berlaku perubahan usia pernikahan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada wanita lewat berkahwin atau melengahkan usia perkahwinan antaranya urbanisasi, pendidikan, pekerjaan dan menanggung keluarga. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa pola bentuk dan kesan stigma terhadap wanita lewat usia yang belum berkahwin. Stigma yang diterima adalah dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan profesional memandangkan wanita bujang yang lewat usia terdiri dari wanita yang berkarier. Walaubagaimanapun, didapati bahawa wanita tersebut tidak semuanya sedih dengan ketentuan menjadi bujang walau sudah lewat usia.

Keywords


stigma, wanita bujang lewat usia

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.