KESAN MEDIA SOSIAL TERHADAP PEMILIHAN PELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Mohd Sufiean Hassan, Siti Nurshahidah Sah Allam, Siti Nur Farrah Faadiah Ab Ghani, Fatimah Yazmin Hj Yahaya, Rosdi Safian

Abstract


Peningkatan jumlah pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk merealisasikan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (NKRA) iaitu meningkatkan akses dan ekuiti dalam pendidikan pengajian tinggi kepada rakyat. Dengan sistem komunikasi dan penerimaan maklumat yang telah berubah secara atas talian terutama media sosial maka penting bagi pihak IPT untuk meningkatkan aksesibiliti melalui penggunaan media sosial. Medium ini menjadi perantara utama masa kini disebabkan oleh ciri-cirinya yang interaktif dan multimedia. Justeru itu, kajian ini mengkaji kesan media sosial terhadap pemilihan ke IPT dari perspektif Teori Tingkah laku Dirancang (TTD) melalui survei ke atas 407 pelajar IPT. Hasil kajian mendapati wujud hubungan signifikan antara konstruk TTD seperti niat tingkah laku, norma subjektif dan faktor kawalan tingkah laku dengan pemilihan ke IPT, namun dengan kekuatan sederhana. Kajian ini menyumbang kepada idea baharu faktor pemilihan ke IPT. Selain faktor ekonomi keluarga dan perolehan maklumat dari media sosial, sokongan sosial daripada netizen juga memberi impak kepada tindakan pemilihan ke IPT.

Keywords


media sosial, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), faktor pemilihan ke IPT

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.