BUKU ILMIAH UNTUK GOLONGAN ISTIMEWA: KAJIAN KES DI PENERBIT UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG SELANGOR

Mohd Ashri Ismail, Sharil Nizam Sha’ri, Mohd Hazreen Shah Hassan, Norul Haida Reduzan

Abstract


Penerbitan sesebuah buku, khususnya berkaitan dengan golongan istimewa masih kurang mendapat perhatian dalam kalangan mana-mana penerbit. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti buku-buku ilmiah yang telah diterbitkan berkaitan dengan golongan istimewa dan kerelevanannya untuk diterbitkan dan dipasarkan kepada khalayak umum. Dalam kajian ini, kajian ini berbentuk kajian kes terhadap pencapaian Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam menerbitkan buku-buku berkaitan golongan istimewa ini. Selain itu, data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan teks terhadap kandungan buku-buku yang diterbitkan khusus kepada golongan istimewa. Hasil kajian mendapati bahawa sekitar tahun 2005-2012, Penerbit UPM telah menerbitkan sebanyak 14 judul buku ilmiah berkaitan dengan golongan istimewa yang telah dihasilkan oleh golongan akademik. Hal ini menunjukkan bahawa kewibawaan Penerbit UPM dan kegigihan golongan akademik dalam menghasilkan manuskrip serta buku ilmiah yang berkualiti semakin terserlah. Penerbitan sesebuah buku ilmiah bertujuan untuk menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat. Ternyata, pengetahuan yang dilalui ketika proses penerbitan seperti penilaian, penyuntingan, pencetakan dan pemasaran, dapat memberikan sokongan padu, sumber kekuatan hidup kepada golongan istimewa di Negara ini.

Keywords


Penerbit UPM, golongan istimewa, buku ilmiah, relevan, sumbangan, pengiktirafan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.