TAHAP KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN REMAJA DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Suzyliana Mamat

Abstract


Kajian lapangan ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi dalam kalangan remaja di Kolej Universiti Islam Melaka. Subjek adalah seramai 90 orang remaja dalam lingkungan umur 17 hingga 21 tahun yang merupakan pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang mengandungi dua bahagian bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan dengan faktor demografi seperti jantina, tempat tinggal dan bangsa. Bahagian B mengandungi soalan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi. Soal selidik ini dibina oleh Boyantzis, Goleman dan HayMcBar dimana ujian ini adalah untuk mengukur Tahap Kecerdasan Emosi (Boyatzis et.al 1999). Set soal selidik yang telah ditadbir kemudiannya dianalisis menggunakan Pakej Statistikal Package for the Social Science (SPSS) untuk menganalisis data deskriptif. Data faktor demografi telah dikumpul dengan mendapatkan taburan kekerapan dan peratusan mudah. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi remaja berada pada tahap sederhana. Begitu juga tahap kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina, tempat tinggal dan bangsa yang menunjukkan peratusan yang paling tinggi berada dalam tahap sederhana.

Keywords


Kecerdasan, Emosi, Remaja

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.