PENGARUH SIKAP TERHADAP PENERIMAAN TERHADAP PASUKAN KERJA DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Muhammad Fadzil Abdul Shukor, Fazurah Mustaffa, Mohd Sufiean Hassan, Norli Yusof, Tun Mastura Wan Lokman

Abstract


Setiap pekerja dalam organisasi merupakan tulang belakang yang menentukan jatuh bangunnya sesebuah organisasi. Kumpulan ini bergerak sebagai satu pasukan kerja yang menggalas tanggungjawab bagi mencapai matlamat organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan aspek sikap sebagai salah satu elemen Teori Tingkah Laku Terancang dapat menghuraikan penerimaan terhadap pasukan kerja di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini menganalisis sama ada wujud pengaruh sikap yang signifikan terhadap pasukan kerja KUIM. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan seramai 130 orang responden telah dipilih secara rawak bertujuan yang melibatkan kakitangan kumpulan pengurusan professional dan sokongan, kumpulan pentadbiran serta tenaga pengajar di fakulti di KUIM. Manakala, proses pengumpulan data melalui pengedaran soal selidik yang merangkumi tiga bahagian utama iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) secara deskriptif dan inferensi. Hasil kajian menunjukkan aspek sikap sebagai pemboleh ubah yang digunakan adalah signifikan dengan nilai skor yang tinggi iaitu pengaruh sikap meramal secara signifkan terhadap penerimaan pasukan kerja di KUIM, R2 = 0.675 dan menyumbang sebanyak 67.5 peratus varians terhadap pasukan kerja di KUIM. Analisis lanjut mendapati bahawa sikap, ß = 0.174, t (123) = 2.536 mempengaruhi secara signifikan terhadap penerimaan pasukan kerja di KUIM. Kajian ini turut menyarankan agar kajian yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat menggunakan kaedah kualitatif untuk memperoleh jawapan yang lebih telus dan realisitik iaitu kaedah temubual atau kumpulan fokus.

Keywords


pekerja, organisasi, sikap, pasukan kerja, KUIM

Full Text:

PDF

References


Ab. Aziz Yusuf & Intan Osman. (2002). Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu Dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur : Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusuf. (2003). Appraising Managers: A Grid Managerial Approach. The Journal of Business Perspective. https://doi.org/10.1177/097226290300700104

Ab. Aziz Yusuf. (2010). Gelagat Organisasi : Satu Pendekatan Strategik. Kedah : Penerbit UUM.

Ahmad Shukri Mohd. Nain. (2002). Tingkah laku organisasi, pengenalan tingkah laku individu. Penerbit UTM, Skudai, Johor

Ajzen. I. (1991). The theory of planned bahaviour. Organization Behaviour and Human Decision Processes. 50: 179–211

Ann, T. B. Noor. Z. M. & Siang. L. C. (2011). Produktiviti pekerja dalam sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Melaka: PERKEM

Azlinda Binti Jaini. (2013). A study on the factors that influence employees job satisfaction at scope international (m) sdn. bhd. UiTM Shah Alam: Disertasi.

Che Mohd Syaharuddin Che Cob, Bahyah Abdul Halim, Aziz Amin. (2017). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam: satu kajian teoritikal. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah. Vol 4 (1): 67-75

Daud. Noraishah. (2010). Jaminan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja dan komitmen terhadap organisasi. Diambil daripada http://eprints.uthm.edu.my/2039/ [20 Julai 2019]

Dessler, Gary. (2000). Human resources management. London: Prentice Hall.

Dyer, W.G. (1987). Teambuilding: Issues and alternatives. Addison: Wesley Publishing Co. Inc.

Ishak Mad Shah. (2003). Faktor-faktor kerja berpasukan dan pengaruhnya kepada prestasi. Jurnal Kemanusiaan. Vol. 1 (2): 42-52

Ishak Mad Shah. (2003). Faktor-faktor kerja berpasukan dan pengaruhnya kepada prestasi. Jurnal Kemanusiaan, Vol. 1 (2): 42-52

Maizatul Haizan Mahbob & Wan Idros Wan Sulaiman. (2016). Penerimaan warga akademik UKM terhadap sasaran penetapan indeks prestasi utama (KPI) dan pengaruhnya terhadap komitmen kerja. Jurnal Komunikasi. Jilid 32 (2): 629-647

Majid Konting. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mankunegara Anwar Prebu. (2005). Manajemen Sumber Daya Manusia Perusahaan. Cetakan : Keenam. Pt. Remaja Rosdakarya : Bandung

Mohamad, M. & Abiddin, N. Z. (2011). Hubungan budaya organisasi dan sub budaya terhadap komitmen pekerja. Dinamika Sosial Ekonomi. Vol 7(1): 79-85.

Muna Mohd Bookeri & Atasya Osmadi. (2013). Produktiviti dan hubungannya dengan komitmen dan kepuasan kerja dalam organisasi pembinaan. Journal of School of Housing, Building and Planning Vol. 6: 32-51.

Peslak. (2005). A twelve step multiple course approach to teaching enterprise resource planing. Diambil daripada http://jise.edsigbh.org/Volume16/16- 2/Pdf/V16N2P147-Abs.pdf. [12 Julai 2019]

Safeena, R. & Kammani. A. (2013). Conceptualization of electronic government adoption. International Journal Of Managing Information Technology, Vol. 5 (1): 13-22

Spector, P.E. (1997). Job satisfaction: application, assessment, causes and consequences. Thousand Oaks. California: Sage Publications

Sundrum & Kanasan. (2014). Students’ Perception on the Effectiveness of Teamwork Base Activities in Enhancing the Learning Process. Diambil daripada http://econpapers.repec.org/article/ejnejssjr/v_3a1_3ay_3a2013_3ai_3a2_3ap_ 3a52-60.html

Jun 2019]

Wan Baharudin Wan Mahmood, Khairuddin Idris, Bahaman Abu Samah, Zoharah Omar. (2016). Teori tingkah laku berencana dan tingkah laku menyokong perubahan: Satu sorotan. Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Vol. 1 (4): 27- 36

Yahya, K. K., Johari, J. Adnan, Z., Isa, M. F. & Daud Z. (2008). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Komitmen dalam Kalangan Penjawat Awam. IJMS. Vol. 15: 199-223.

Yusoff, M. K. (2012). Pendekatan program kualiti kehidupan bekerja (kkb). Diambil daripada http://mdkamalyusoff.blogspot.com [26 April 2019]


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.