TAHAP KERESAHAN TERHADAP MATA PELAJARAN BAHASA ASING DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

Noor Adawiyah Ahmad Radzi, Roslida Saat, Norainee Idris

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keresahan dan kebimbangan mempelajari bahasa Arab dalam kalangan pelajar Kolej Universiti Islam Melaka. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tahap keresahan dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keresahan seseorang pelajar. Faktor yang dikaji ialah tahap keresahan berkomunikasi dan keresahan terhadap penilaian negatif. Maklumat kajian diperolehi melalui soal-selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale yang telah diadaptasi daripada Horwitz (1986) yang mengandungi 33 item untuk memenuhi matlamat dan objektif kajian. Instrumen kajian ini menggunakan skala lima berdasarkan kepada skala terendah “Sangat Setuju” kepada skala tertinggi “Sangat Tidak Setuju”. Data dianalisis secara deskriptif melibatkan penggunaan peratusan, statistik deskriptif yang melibatkan perhitungan min. Dapatan kajian menunjukkan beberapa item penting berada pada tahap tinggi dan seterusnya membantu pensyarah dalam menambahbaik aktiviti pengajaran.

Keywords


Tahap Keresahan; Kebimbangan Komunikasi, Penilaian Negatif; Bahasa Asing

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.