PERMASALAHAN PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH RENDAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) DI MELAKA

Rozita Baba, Mohamad Nazli Omar, Nur Zafirah Muhammad Nor, Juwairiah Hassan

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan pembelajaran di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) peringkat sekolah rendah di negeri Melaka. Terdapat 7 buah sekolah rendah SABK di Melaka. Seramai 80 responden terlibat dalam kajian ini. Tujuan pembentukan SABK bukan sahaja melahirkan warganegara yang baik tetapi juga meliputi pembentukan modal insan yang lengkap dari segi kehidupan beragama dan duniawi. Di samping itu, pendidikan yang berlandaskan ajaran Islam juga ditujukan melahirkan manusia soleh yang dapat memenuhi keperluan dunia dan kehidupan di akhirat. Kajian merupakan kajian kuantitatif dan data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratusan telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pentadbiran sekolah mengurus kelas peperiksaan termasuk agihan jadual kelas SABK dengan baik. Walau bagaimanapun, dalam aspek fasiliti, 80% guru masih kurang berpuashati. Kekurangan guru opsyen bagi subjek kritikal merupakan masalah utama guru-guru apabila kesemua bersetuju dengan permasalahan ini. Peningkatan tadbir urus sekolah serta penambahan fasiliti pembelajaran yang lebih efisien adalah dicadangkan bagi meningkatkan pencapaian SABK di dalam peperiksaan utama.

Keywords


SABK; Guru Opsyen; Akademik; Melaka

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.