KONSEP HIFZ AL-BI’AH DALAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA ALAM: SATU SOROTAN AWAL

Muhammad Hilmi Mat Johar, Khairul Azhar Meerangani, S Salahudin Suyurno, Adam Badhrulhisham

Abstract


Fenomena bencana alam merupakan suatu peristiwa atau kejadian yang melanda seluruh pelusuk bumi sama ada di kawasan yang mendatar, landai mahupun di cerun. Bencana alam yang berlaku boleh meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar. Dalam hal ini, Islam telah menyediakan pelbagai panduan berhubung tatacara pengurusan alam sekitar yang komprehensif dan lestari. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau implementasi konsep hifz al-bi’ah dalam pengurusan risiko bencana alam. Kajian dilakukan secara kualitatif menerusi sorotan terhadap data kepustakaan klasik dan kontemporari serta laporan-laporan berkaitan bencana alam di Malaysia. Konsep hifz al-bi’ah merupakan antara matlamat penting bagi merealisasikan al-daruriyyat al-khams dalam pengurusan alam sekitar. Pengurusan risiko bencana alam berpandukan teori ini bersifat holistik dan komprehensif dengan penekanan bukan sahaja terhadap unsur fizikal dan material, bahkan turut memfokuskan aspek spiritual bagi memastikan kelestarian sumber alam selain meminimumkan risiko bencana alam terhadap manusia.

Keywords


Pengurusan Risiko; Bencana Alam; Hifz Al-Bi’ah; Kelestarian

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.