PRESTASI PERKHIDMATAN INOVATIF PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI MALAYSIA

Noor Malinjasari Ali, Nur Najihah Shaaibi, Mardiah Hamzah, Hasmida Mohamed Noor, Suzila Mat Salleh, Raslina Mohamed Nor, Ruzaidah Sulong

Abstract


Kajian ini dibuat untuk mengkaji faktor penyebab kepada prestasi perkhidmatan inovatif dan menganalisis kaitan antara perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi dengan prestasi perkhidmatan inovatif. Kajian ini menggunakan borang soal selidik dan diedarkan sebanyak 159 set secara rawak kepada pekerja pihak berkuasa tempatan yang meliputi semua jabatan di Johor dan Pahang secara bersemuka tetapi hanya 122 sahaja yang diterima balik dengan kadar maklum balas sebanyak 76.73 peratus. Soalan soal selidik tersebut meliputi prestasi perkhidmatan inovatif, perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan, motivasi dan soalan berkaitan demografik. Perisian yang digunakan adalah SPSS (Statistical Package for Sosial Science) untuk menilai hubungan antara prestasi perkhidmatan inovatif dengan perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi. Analisis regresi dan korelasi pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Keputusan kajian menunjukkan bahawa perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi mempunyai hubungan yang signifikan terhadap prestasi perkhidmatan inovatif. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa pekerja dalam organisasi pihak berkuasa tempatan perlu memastikan pengetahuan dikongsi dan dijadikan amalan, pihak majikan pula perlu menumpukan kepada prestasi individu untuk mewujudkan kesan positif dalam organisasi. Kesimpulannya, kesan daripada perkongsian pengetahuan, budaya berpasukan dan motivasi yang tinggi menyebabkan prestasi perkhidmatan inovatif bertambah cemerlang dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan.

Keywords


Prestasi Perkhidmatan Inovatif; Motivasi; Perkongsian Pengetahuan; Budaya Berpasukan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.