KERJA SAMBILAN BAGI PELAJAR TAHFIZ DALAM TEMPOH PANDEMIK: USAS SUATU KAJIAN KELANGSUNGAN HIDUP

Muhd Thoriq Asshiddiq Che Ahmad, Mohd Sholeh Sheh Yusuff, Muhd Sallehuddin Al-Ayubi Che Ahmad

Abstract


Pendidikan Tahfiz merupakan pendidikan yang memerlukan tumpuan pelajar secara menyeluruh. Ia dipandang tinggi dan kini menjadi pilihan kebanyakkan lapisan masyarakat di setiap peringkat pengajian. Gejala wabak pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak sektor dan kelangsungan hidup manusia di serata dunia termasuklah pelajar tahfiz dan keluarga yang menanggung pengajiannya. Justeru, ada pelajar tahfiz yang ingin meringankan beban keluarga dengan mengambil langkah bekerja sambilan. Objektif yang digunakan ialah kepentingan fokus dalam pengajian tahfiz dan implikasi yang timbul daripada kegiatan kerja sambilan. Kajian ini dijalankan kepada pensyarah tasmik, pelajar jurusan Tahfiz wal Qiraat & waris pelajar, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Perak. Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan projek ini ialah melalui soal selidik sebanyak dua kali. Survei pertama disertai 56 orang: 35 pelajar tahfiz dan 21 waris pelajar tahfiz dan survei kedua pula disertai 35 orang: 23 waris pelajar, 10 pelajar dan 2 pensyarah melalui pemerhatian, soal selidik dan rujukan.

Keywords


Tahfiz; Kerja Sambilan; USAS

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.