PENDEKATAN LATAIF AL-QURANIYYAH OLEH SYEIKH ALI AL-SOBUNI MELALUI KITAB TAFSIR SOFWAH AL-TAFASIR DALAM PENTAFSIRAN SURAH-SURAH MAKKIYAH

Muhammad Uzair Izham, Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi

Abstract


Ciri-ciri surah Makkiyyah antaranya ialah membincangkan perihal kebenaran Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan. Dalam memahami tafsiran ayat al-Quran, Tafsir Sofwah al-Tafasir karya Syeikh Ali al-Sobuni adalah salah satu karya kontemporari yang unik dengan mengetengahkan aspek al-lataif iaitu kehalusan makna secara tersusun. Kajian ini adalah bertujuan mengenalpasti tema al-lataif yang terdapat dalam surah-surah Makkiyah. Reka bentuk kualitatif menggunakan pendekatan analisis kandungan terhadap Kitab Sofwah al-Tafasir Cetakan ke-6 oleh Dar al-Sobuni menjadi metode kajian. Hasil kajian mendapati, terdapat tiga tema utama al-lataif iaitu aspek Bahasa Arab, isyarat tarbawiyah dan imaniyyah. Tema-tema ini didatangkan dalam bentuk tafsiran kepada ayat, penyebutan riwayat hadith atau hikayat. Adapun tema yang dominan disebutkan adalah isyarat tarbawiyyah diikuti isyarat imaniyyah dan aspek Bahasa Arab. Kesimpulan dari kajian ini ialah aspek al-lataif merupakan aspek yang perlu diketengahkan kerana ia menyentuh pendidikan akhlak dan iman melalui bahasa al-Quran yang halus dan mendalam agar dapat membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadapnya.

Keywords


Lataif Al-Quraniyyah; Syeikh Ali Al-Sobuni; Kitab Tafsir Sofwah Al-Tafasir; Pentafsiran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.