TASAWUR PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN ISLAM

Norullisza Khosim, Mohd Shukri Hanapi, Azrin Ibrahim

Abstract


Dalam era globalisasi dan perkembangan teknologi kini, masyarakat dilihat berhadapan dengan pelbagai mehnah dan cabaran. Seiring perkembangan ini, peningkatan dalam pelbagai permasalahan berlaku lebih-lebih lagi yang terkait dengan keruntuhan akhlak. Perkara ini amat membimbangkan dan dilihat mampu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan kehidupan insan. Oleh itu, kefahaman terhadap tasawur pembangunan insan berteraskan Islam (PIBI) khususnya perlu diberi penekanan agar kesejahteraan hidup dapat dimiliki. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti tasawur PIBI dengan penelitian terhadap kajian-kajian lepas. Kajian dengan ini menetapkan dua objektif utama iaitu; pertama, mengenal pasti dan menganalisis kajian-kajian lepas berkaitan pembangunan insan berteraskan Islam; dan kedua, membina tasawur PIBI berdasarkan dapatan yang diperoleh menerusi kajian-kajian yang dirujuk. Bagi mencapai objektif tersebut, kaedah kajian dokumen digunakan bagi pengumpulan data dengan mengaplikasi kaedah analisis kandungan bagi tujuan penganalisisan data. Hasil kajian mendapati bahawa tasawur PIBI itu adalah bercirikan empat perkara utama iaitu; (i) al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber utama; (ii) aspek PIBI merangkumi rohani, intelektual, emosi, jasmani, dan sosial (RIEJS); (iii) proses PIBI seawal usia kehidupan insan dan pemerkasaan melalui medium pelbagai; juga (iv) berpandukan tujuh prinsip utama PBI.

Keywords


Tasawur; Pembangunan Insan Berteraskan Islam (PIBI); Al-Qur’an & Al-Sunnah; Kesejahteraan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.