HUBUNGAN SIKAP PELAJAR TERHADAP PENGUASAAN BAHASA ARAB

Nur Afifah Fadzil, Nuraznan Jaafar, Maryam Md Rofiee

Abstract


Sikap merupakan satu faktor yang penting dalam pembelajaran bahasa. Sikap merupakan kelakuan, perbuatan atau pandangan terhadap sesuatu perkara. Ia mampu mempengaruhi peningkatan mahupun penurunan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Pelajar yang mempunyai sikap yang positif terhadap sesuatu perkara akan berusaha untuk membuat yang terbaik begitu juga sebaliknya. Namun begitu, sikap sahaja tidak cukup, ia perlu didorong bersama dengan motivasi dalaman dan luaran pelajar. Kajian ini dijalankan terhadap 316 orang pelajar tingkatan lima di enam buah Sekolah Menengah Arab Jabatan Agama Islam Melaka (SMA JAIM) yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Kertas kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap sikap pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Arab serta hubungannya dengan penguasaan Bahasa Arab. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan dikumpulkan menerusi set soal selidik. Dapatan kajian mendapati secara purata, skor responden bagi sikap pelajar berada pada tahap tinggi iaitu skor min 3.83. Selain itu, dapatan bagi ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara sikap pelajar dengan penguasaan Bahasa Arab (r = 0.623, p < 0.05). Justeru itu, sikap memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran Bahasa Arab dan mampu memberikan kesan positif terhadap penguasaan Bahasa Arab pelajar. Sikap boleh dipupuk dari awal pembelajaran dan disokong dengan kaedah yang bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.

Keywords


Sikap; Pembelajaran; Penguasaan; Bahasa Arab

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2022 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.