ISU-ISU SYARIAH KONTRAK MUSHAKARAH MUTANAQISAH DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

Rahisam Ramli, Ahmad Dahlan Salleh

Abstract


Penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti isu-isu syariah kontrak Mushakarah Mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan secara Islam. Terdapat perbezaan pendapat mengenai kedudukan amalan Mushakarah Mutanaqisah sebagai kontrak pembiayaan perumahan. Perbezaan pendapat dalam kalangan sarjana Islam memberi kesan dari aspek hukum syariah dan kaedah operasi Mushakarah Mutanaqisah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes jenis kualitatif berpandukan artikel-artikel yang dipilih. Analisis data pula menggunakan kaedah analisis kandungan untuk menghasilkan kesan terhadap isu Mushakarah Mutanaqisah. Hasil kajian mendapati perbahasan isu Mushakarah Mutanaqisah boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Pertama, isu teori Mushakarah Mutanaqisah sahaja. Kedua, isu terhadap amalan Mushakarah Mutanaqisah selari dengan teori Mushakarah Mutanaqisah. Ketiga, isu amalan Mushakarah Mutanaqisah tidak selari dengan teori Mushakarah Mutanaqisah. Selanjutnya kajian ini mencadangkan penelitian mendalam terhadap kesan isu-isu Mushakarah Mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan perlu dikaji dengan mendapatkan data secara temu bual bersama industri.

Keywords


syariah; Mushakarah Mutanaqisah; pembiayaan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.