PENGUKURAN KECEKAPAN PENGURUSAN SEKOLAH: SATU SOROTAN LITERATUR

Rozita Baba, Hana Duerama

Abstract


Kecemerlangan sesebuah sekolah adalah sangat bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah. Pengukuran kecekapan pengurusan dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat serta menambahbaik prestasi sekolah terutamanya pencapaian akademik sekolah. Oleh itu, pemilihan terhadap model pengukuran kecekapan adalah penting supaya pengukuran kecekapan sekolah adalah menyeluruh dan menggambarkan prestasi sebenar sekolah. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti kaedah pengukuran kecekapan pengurusan melalui kajian-kajian lepas. Seterusnya kajian ini akan menentukan kaedah pengukuran kecekapan pengukuran yang bersesuaian dengan sekolah. Kajian kualitatif ini akan menganalisis setiap model berdasarkan kesesuaiannya dengan konsep sekolah. Hasil kajian mendapati enam kaedah yang boleh diguna dan dicadangkan dalam pengukuran kecekapan pengurusan sekolah iaitu Data Envelopment Analysis (DEA), Stochastic Frontier Analysis (SFA), kaedah ‘Tiga Dimensi Kecekapan’, kaedah ‘Six Rules’, kaedah Svirina dan kaedah Dua Dimensi. Setiap kaedah menilai kecekapan pada aspek yang berbeza antaranya aspek ekonomi, sosial, sosio-ekonomi, hubungan antara anggota, organisasi dan fungsi pengurusan. Walau bagaimanapun, semua kaedah mempunyai objektif yang sama iaitu mengukur dan meningkatkan kecekapan organisasi. Sebahagian besar kaedah pengukuran berbentuk kuantitatif dan terdapat cadangan untuk menggunakan pengukuran berbentuk kualitatif supaya prestasi sekolah dapat dinilai dengan lebih menyeluruh. Apabila berkaitan pengurusan sekolah, DEA adalah lebih sesuai digunakan dengan pengubahsuaian menurut ciri-ciri pengurusan sekolah kerana DEA dapat mengetengahkan peratusan penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap sekolah yang tidak cekap.

Keywords


Pengukuran kecekapan; pengurusan sekolah; kecekapan sekolah; sosio-ekonomi sekolah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.