ELEMEN MAQASID SYARIAH DALAM PERUNDANGAN DI MELAKA

Suhaimi Abu Hasan, Mohd Azam Yahya, Ahmad Faqih Ibrahim

Abstract


Negeri Melaka merupaka negeri yang telah mengamalkan dasar perundangan Islam sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini berbeza dengan amalan perundangan selepas zaman kemerdekaan yang dipengaruhi sistem perundangan British. Oleh itu, kajian ini memfokuskan perbincangan tentang elemen Maqasid Syariah untuk diimplementasikan di dalam perundangan Islam negeri Melaka. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk analisis kandungan yang merujuk kepada penulisan-penulisan ilmiah, artikel-artikel jurnal serta laman-laman web rasmi tertentu sebagai sumber bahan kajian yang dijalankan. Kajian ini menunjukkan bahawa Melaka merupakan sebahagian negeri di Malaysia yang mengamalkan corak pemerintahan dualisme iaitu undang-undang sivil dan Islam. Walaupun tidak sepenuhnya digunapakai perkataan hudud, takzir atau qisas secara rasmi tetapi masih terdapat kedua-dua elemen yang berpaksikan Maqasid Syariah.

Keywords


Maqasid Syariah; Perundangan Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.