TERJEMAHAN, KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN MARITAL COMMUNICATION INVENTORY (MCI)

Mohd Hatta Othman, Ku Suhaila Ku Johari, Salleh Amat

Abstract


Kajian ini bertujuan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan Soal Selidik Marital Communication Scale (MCI) oleh Bienvenu (1970). Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Keseluruhan soal selidik ini mengandungi 46 item. Seramai tujuh orang pakar terlibat dalam proses kesahan kajian ini. Manakala, untuk mendapatkan nilai pekali kebolehpercayaan soal selidik, seramai 33 klien individu berkahwin terlibat di Pejabat Kaunseling, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Daerah Port Dickson. Hasil kajian menunjukkan Soal Selidik ini mempunyai tahap kesahan yang tinggi iaitu dengan indeks pekali .86 berdasarkan persetujuan pakar. Manakala nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item adalah .80. Sehubungan dengan itu hasil dapatan kajian, beberapa impilikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Keywords


terjemahan; kesahan; kebolehpercayaan; Marital Communication Inventory (MCI)

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.