PAKAIAN SOLAT PATUH SHARIAH DI MALAYSIA

Ezleen Shafena Md Saad, Zainudin Md Nor, Norzaleha Zainun

Abstract


Solat adalah rukun Islam kedua yang wajib ditunaikan bagi seluruh umat Islam. Menutup aurat dengan sempurna ketika solat adalah wajib agar ibadat solat yang didirikan sah dari sudut hukum. Aurat bagi muslimin (lelaki) adalah dari pusat ke buku lali kaki mana kala muslimat (wanita) adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Menjadi tanggungjawab kita bagi memastikan aurat terjaga terutama bagi muslimat (wanita) mengikut syarat sah solat yang telah ditentukan oleh shariah Islam. Shariah adalah undang-undang atau peraturan dalam menjalani kehidupan seharian yang telah ditentukan oleh Islam mengikut Al-Quran dan kitab-kitab ilmuan Islam terdahulu. Bagi muslimat (wanita), terdapat banyak rekaan serta gaya pakaian solat yang dijual di Malaysia seperti pelbagai rekaan telekung iaitu tudung labuh menutupi punggung beserta kain labuh menutupi kaki, mini telekung, jubah abaya dan sebagainya. Keghairahan usahawan-usahawan Malaysia yang menjadikan keunikan rekaan telekung sebagai saingan produk menyebabkan lambakan rekaan yang tidak selaras dengan tuntutan agama Islam. Kajian ini melihat perkembangan rekaan telekung yang terdapat di Malaysia dari perspektif estetika dan fungsi yang mengikut shariah. Kajian juga menganalisa ciri-ciri patuh shariah dalam rekaan telekung yang digunakan di Malaysia. Kajian ini mengunakan kaedah kualitatif berdasarkan pemerhatian kajian terdahulu, bahan bacaan dan laman media sosial dari pelbagai cabang serta tinjauan ke butik-butik yang menjual pakaian solat wanita. Selain itu, kaedah temubual juga dilakukan untuk mendapatkan pengumpulan data daripada beberapa usahawan-usahawan pakaian solat di sekitar Selangor. Kajian mendapati terdapat rekaan pakaian solat yang tidak sesuai dipakai semasa berjemaah di masjid atau surau dari sudut estetika kerana boleh mengganggu pandangan dan boleh menimbulkan dosa bagi yang melihat. Pemilihan fungsi fabrik yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan pakaian solat itu tidak patuh shariah. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan garis panduan harus disediakan bagi menghasilkan rekaan pakaian solat yang lebih efektif dari segi nilai estetika dan fungsinya yang patuh shariah.

Keywords


pakaian solat; telekung; patuh shariah; aurat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.