AUTENTIKASI HADITH PENSYARIATAN KHITAN WANITA: SUATU PENILAIAN SEMULA

Norazam Khair Mohd Ithnin, Ishak Suliaman, Abdul Halim Ibrahim

Abstract


Amalan khitan wanita di Malaysia dikritik hebat kerana didakwa sama seperti amalan Female Genital Mutilation (FGM) yang diamalkan di benua Afrika. Kritikan ini rentetan daripada Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW) pada 2018 anjuran United Nations Human Rights (UNHR) yang meminta Malaysia menghentikan amalan khitan wanita tersebut. Antara dakwaan yang dilontarkan ialah amalan khitan wanita ini hanyalah sebuah tradisi dan bukan tuntutan agama. Selain itu, mereka menyangkal akan keautoritian hadith yang digunakan sebagai dalil pensyariatan khitan wanita adalah daif dan tidak berautoriti. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengkaji semula keabsahan dan keautoritian hadith yang dijadikan dalil pensyariatan amalan khitan wanita. Kajian ini menggunakan metode kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan historical-textual analysis yang menganalisis pendapat tokoh ulama hadith berkenaan sanad dan matan hadith. Hasil kajian mendapati, hadith berkenaan khitan wanita mempunyai pelbagai jalur yang mampu menyokong antara satu sama lain dan boleh dinaik taraf sebagai hasan li ghayrihi. Kesimpulannya, kajian ini mendapati hadith yang dijadikan dalil pensyariatan amalan khitan wanita adalah berautoriti, seterusnya mengabsahkan bahawa amalan ini merupakan sebahagian daripada syariat Islam.

Keywords


khitan wanita; FGM; Sunat; hadith khitan; autentikasi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.