ANALISIS PERKEMBANGAN ISTILAH QAWL MUKTAMAD DAN RUJUKAN KITAB MUKTAMAD DALAM MAZHAB SYAFIE

Nik Airin Aqmar Nik Azhar, Azri Bhari, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Mohd Zuhaili Saiman

Abstract


Pendapat muktamad merupakan perkara yang perlu diberi perhatian terutama dalam pembentukan fatwa rasmi di Malaysia. Namun, rujukan yang digunakan kurang diberi perhatian melalui susunan kitab yang harus diutamakan terutama rujukan dalam memberi fatwa. Objektif kajian ini adalah menjelaskan fasa perkembangan istilah qawl muktamad dan kaedah menentukan pendapat muktamad. Di samping, rujukan kitab muktamad yang harus diutamakan sebelum melihat kepada kitab lain. Metodologi kajian yang digunakan berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode pengumpulan data dan analisis data. Metode pengumpulan data dilakukan melalui penyelidikan kepustakaan. Data yang diperoleh dalam kajian berbentuk analisis kandungan dianalisis berdasarkan metode induktif, diduktif dan komparatif untuk mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian ini mendapati bahawa penulis kitab tidak lepas daripada memilih (ikhtiyarat) sendiri dan terdapat juga pandangan-pandangan lemah yang dimasukkan. Seterusnya, kajian ini mengemukakan beberapa pandangan dan kritikan sarjana terhadap kitab muktamad sebagai panduan kepada sarjana hukum sebelum menjadikan rujukan.

Keywords


muktamad; fasa; kaedah; rujukan; pandangan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2023 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.