ILMU KOLONIAL DAN IMPAKNYA PADA PENGAJIAN ISLAM DI MALAYSIA

Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ahmad Farid Abdul Jalal, Ab. Halim Ismail, Huzaimah Ismail, Nor Adina Abd. Kadir, Muhammad Ikhlas Rosele, Nur Kamilah Kamaruddin

Abstract


Sebagai sebuah negara yang pernah dijajah oleh British, Tanah Melayu sememangnya terdedah kepada pengaruh ideologi British. Hal ini berlaku melalui mekanisme ilmu kolonial yang dibangunkan oleh British untuk mempelajari dan menguasai masyarakat Tanah Melayu. Hasilnya ilmu kolonial dapat dikesan pengaruhnya dalam segenap aspek kehidupan masyarakat Melayu, termasuklah dalam bidang pengajian Islam. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pihak kolonial memang mempunyai dasar dan pendekatan tersendiri apabila menyentuh isu Islam dalam masyarakat Melayu. Mereka cuba mematikan potensi Islam dan sebagai gantinya world-view dan paradigma British cuba diterapkan dalam masyarakat. Hal ini berlanjutan dalam pengajian sehingga selepas merdeka. Kemudiannya, hal ini Berjaya dihakis selepas munculnya falsafah post kolonialisme dalam dunia akademik di Malaysia.

Keywords


Ilmu Kolonial, Pengajian Islam, Post Kolonialisme

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.