GARIS PANDUAN SEBAGAI RUJUKAN PELANGGAN DALAM MEMOHON PEMBIAYAAN PERUMAHAN SECARA ISLAM

Nurul Athirah Mohd Azmi, Rahisam Ramli, Mohd Sabree Nasri, Rusyda Yahya

Abstract


Rumah merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup sentiasa terpelihara. Setiap ketua keluarga perlu menyediakan sebuah rumah sebagai tempat berlindung bagi memastikan kehidupan seharian dapat dilalui dengan baik dan teratur mengikut syariat. Namun, untuk memiliki rumah memerlukan sejumlah dana yang banyak. Oleh itu, bagi menampung kelompongan dana tersebut, kebanyakan rakyat akan mendapatkan pembiayaan daripada mana-mana institusi kewangan khususnya kewangan Islam bagi memenuhi salah satu tuntutan agama ini. Walau bagaimanapun, masih belum terdapat satu garis panduan khusus tentang perkara yang perlu rakyat atau pelanggan secara amnya untuk jadikan rujukan sebelum memohon pembiayaan perumahan secara Islam. Maka, kertas kerja ini dibangunkan bertujuan untuk memberi garis panduan yang perlu diketahui oleh pelanggan sebelum memohon pembiayaan perumahan secara Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil kira pendekatan penganalisisan dokumen. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelanggan mestilah mengetahui garis panduan yang perlu ada sebelum memohon pembiayaan perumahan secara Islam. Implikasi kajian ini bukan sahaja boleh menjadi garis panduan kepada pelanggan sebelum memohon pembiayaan perumahan, bahkan ianya juga boleh menjadi kayu ukur kepada pelanggan sebelum memohon sebarang pembiayaan mahupun dalam membuat urusan transaksi kewangan pada masa kini.

Keywords


Rumah, Panduan Khusus Pelanggan, Pembiayaan Perumahan Secara Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.