HADITH RIBA DALAM KITAB ‘UMDAH AL-AHKAM: ANALISIS PERSPEKTIF FIQH

Muhammad Ikhlas Rosele, Luqman Hj Abdullah, Nor Fahimah Mohd Razif, Khairul Azhar Meerangani

Abstract


Kitab ‘Umdah al-Ahkam merupakan satu kumpulan hadith-hadith hukum yang disepakati oleh dua tokoh hadith yang besar. Perbincangan di dalamnya adalah disusun selaras dengan perbincangan fiqh. Namun ia adalah sebuah kitab yang hanya mengumpul matan-matan hadith. Selaras dengan prinsip fiqh iaitu kefahaman dan penjelasan berkaitan hukum-hukum taklifi, hadith yang terdapat di dalam ‘Umdah al-Ahkam juga perlu ditonjolkan sebagai satu kitab rujukan fiqh. Oleh itu, kajian ini cuba menjelaskan mengenai perspektif fiqh yang terdapat di dalam kitab ini. Kajian telah memilih isu riba sebagai subjek kajian yang utama. Isu riba merupakan satu isu yang perlu diambil berat pada hari ini berikutan terdedahnya masyarakat kepada pelbagai bentuk muamalat termasuk al-mu’amalah al-ribawiyyah. Justeru, kajian ini akan mendedahkan konsep riba menurut perspektif fiqh hadith. Kajian menjadikan kitab ‘Umdah al-Ahkam sebagai rujukan utama di samping mengemukakan syarah-syarah hadith dan menganalisis isu riba yang terkandung di dalamnya.


Keywords


Fiqh hadith, riba, mu’amalat, ‘umdah al-ahkam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.