PELANCONGAN ZUHUD: ANALISIS AYAT-AYAT AL-QURAN

Siti Nur Aafifah Hashim, Muslihah Mazlan

Abstract


Salah satu bidang pelancongan yang boleh diterokai dengan lebih mendalam ialah pelancongan zuhud. Zuhud merupakan gaya hidup yang berdisiplin dalam menjalankan setiap aktiviti dengan rasa rendah hati, amanah, menyesuaikan diri dengan keadilan sosial, berusaha menepis segala godaan dunia yang merosakkan untuk mencapai keredaan Allah SWT. Bagi tujuan penerokaan tentang pelancongan zuhud ini, firman Allah SWT yang berkaitan permusafiran dijadikan panduan. Bagi melaksanakan matlamat ini, persoalan berhubung ayat al-Quran yang boleh menggambarkan proses melancong ini timbul. Bagaimanakah Allah SWT menyatakan perihal pelancongan? Apakah tujuan pelancongan yang dinyatakan dalam al-Quran? Bagaimanakah pula kaedah pelancongan patut dilaksanakan menurut al-Quran? Metod penelitian yang dilakukan adalah berdasarkan kajian perpustakaan dengan teknik analisis eksplorasi tekstual terhadap ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian dengan maksud pelancongan. Hasil kajian mendapati bahawa pelancongan zuhud yang dibentuk berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Quran mengandungi tuntutan berkaitan ketuhanan, persekitaran dan keperibadian.

Keywords


Al-Quran, Zuhud, Pelancongan Islam, Pelancongan Zuhud.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.