KITAB JAWI DAN PENGILMUAN MASYARAKAT MELAYU

Mohd Puaad Abdul Malik, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ahmad Farid Abdul Jalal, Huzaimah Hj Ismail

Abstract


Pada dasarnya, artikel ini bakal menumpukan perhatian terhadap subjek kitab jawi dan pengilmuan masyarakat Melayu pasca kedatangan Islam ke alam Melayu. Kitab jawi adalah karya intelektual Melayu yang dihasilkan oleh sarjana Melayu-Islam dalam pelbagai bidang disiplin ilmu keislaman sama ada secara teoritikal, praktikal, rationalistik dan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu sama ada sebagai alat komunikasi mahupun médium pengembangan ilmu. Premis artikel ini untuk membuktikan peranan Islam dan kitab jawi mengilmukan masyarakat Melayu yang belum pernah dimiliki sebelumnya. Antaranya Islamisasi dan kitab tulisan jawi, Islamisasi dan pandangan hidup (world view) tauhid dan Islamisasi dan paradigma ilmu. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah pensejarahan atau historicisme yang meneliti perkembangan sesuatu idea. Fakta yang diperolehi akan ditapis dengan teliti dengan menggunakan pendekatan induksi sejarah alam Melayu. Dapatan kajian menunjukkan kitab jawi mempunyai identiti dan keunggulan yang tersendiri serta mampu berperanan sebagai alat pengembangan ilmu di rantau alam Melayu.

Keywords


Kitab Jawi, Alam Melayu, Masyarakat Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2018 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.