ASPEK MUAMALAT DALAM KITAB MIR’AT AL-THULLAB KARYA SHAYKH ABDUL RAUF ALI AL-SINGKILI

Shahrul Hilmi Othman, Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Muammar Ghaddafi Hanafiah

Abstract


Dalam penulisan artikel ini menjadikan manuskrip kitab Mir’at al-Thullab sebagai objek kajian. Mir’at al-Thullab merupakan kitab fikah yang membahaskan muamalat, munakahat dan jinayat ditulis pada abad ke 17 Masihi, dan telah disebar luas ke seluruh Alam Melayu dengan kaedah penyalinan. Kini Mir’at al-Thullab masih dalam bentuk manuskrip iaitu salinan asal yang berupa tulisan tangan dalam aksara jawi. Manakala keadaan fizikal manuskrip kitab Mir’at al-Thullab  ada yang rosak, koyak, telah dimakan anai-anai, malahan terdapat manuskrip  yang disalin dengan keadaan tidak sempurna susunan.  Maka kitab Mir’at al-Thullab ditahkik bertujuan untuk mengemaskini teks manuskrip dari segi teknik penulisan dan susunan serta memastikan kesahihan isi.  Melalui metode tahkik telah menemukan judul sebenar kitab ini iaitu Mir’at al-Thullab fi Tashil Ma`rifah Ahkam al-Shar`iyyati li Malik al-Wahhab manakala nama penuh pengarang kitab ini ialah Shakyh Abdul Rauf bin Ali al-Fansuri al-Singkili al-Ashi al-Jawi dan telah menemukan 35 perbahasan berkaitan fikah muamalat, Maka dicadangkan bab muamalat dalam  kitab Mir’at al-Thullab ditahkik dengan pendekatan fikah muamalat mazhab al-Shafi’i.

Keywords


Manuskrip; kitab jawi; Shakyh Abdul Rauf Ali al-Singkili; Mir’at Al-Thullab; Fikah Muamalat; Tahkik

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.