FIQH JIHAD WANITA DALAM KONTEKS KONTEMPORARI: SATU ANALISIS

Muhd Imran Abd Razak, Mohd Anuar Ramli, Nurul Khairiah Khalid, Mukhamad Khafiz Abd Basir, Mohd Farhan Abd Rahman, Ahmad Firdaus Mohd Noor

Abstract


Jihad merupakan suatu istilah yang sering dieksploitasi aliran ekstremisme atau disalahfahami aliran liberalisme dalam dunia kontemporari. Ia bukan sahaja memberikan gambaran negatif tentang jihad, malah turut menerbitkan gejala Islamofobia dalam sebahagian masyarakat dunia. Justeru, kajian ini menganalisis tentang fiqh jihad khususnya melibatkan golongan wanita dalam konteks kontemporari. Berpandukan metode kajian kualitatif, analisis kandungan dilakukan terhadap literatur berkaitan jihad dan perbahasan sarjana Islam silam dan kontemporari berkaitan dengannya. Analisis dilakukan secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati, fiqh jihad wanita mempunyai ciri dan syarat yang berbeza dengan fiqh jihad lelaki. Di samping itu, walaupun fiqh jihad adalah bersifat ijtihadiyyah, namun perbahasan jihad tentang wanita sangat mementingkan persoalan maslahah golongan tersebut. Dengan itu, fiqh jihad wanita dalam Islam adalah mengambilkira persoalan fitrah, keupayaan, konteks dan awlawiyyat.


Keywords


Fiqh Jihad; wanita; kontemporari

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.