APLIKASI GAYA HIDUP HALAL SEBAGAI USAHA MENCAPAI MATLAMAT PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LESTARI ISLAM

Siti Nur Aafifah Hashim, Muslihah Mazlan, Siti Nur Afiqah Shafie

Abstract


Gaya hidup halal membawa kepada pembentukkan cara hidup yang berlandaskan al-Quran dan hadis yang mendorong manusia memilih diantara perkara hak dan batil dalam pelaksanaan pembangunan lestari Islam. Tujuan kajian ini adalah untuk mngenalpasti komponen yang membentuk gaya hidup halal serta menganalisis aplikasinya sebagai usaha untuk mencapai matlamat pelaksanaan pembangunan lestari Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk deskriptif. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan analisis kandungan. Hasil sorotan kajian yang dilakukan terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi gaya hidup halal iaitu akidah, syariah dan akhlak dan didapati komponen ini mempengaruhi setiap tindakan sesorang dalam mencapai matlamat pembangunan lestari. Dicadangkan gaya hidup halal ini perlu diberikan perhatian dalam pelaksanaan pembangunan lestari Islam bagi pencapaian matlamat secara menyeluruh.

Keywords


Gaya Hidup Halal; Matlamat Pembangunan Lestari; Pembangunan Lestari Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.