KEDUDUKAN GENDER KETIGA DARI SUDUT HUKUM SYARAK DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA

Mohammad Ramzi Zakaria, Dr. Asma Hakimah Ab. Halim, Prof Madya Shamsuddin Suhor

Abstract


Kehadiran gender ketiga ini menjadi satu persoalan kepada masyarakat Malaysia apabila golongan ini menyatakan kedudukan dan hak mereka wujud menurut undang-undang dan perspektif Islam. Keadaan ini menjadi kerungsingan dan kebimbangan masyarakat apabila perkara ini menjadi satu pemasalahan, apatah lagi kehadiran golongan ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Melalui penulisan ini, satu analisis kandungan digunakan bagi menjelaskan kedudukan gender ketiga di Malaysia dari aspek perundangan dan hukum syarak sebagai satu pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat, malah sebagai satu cadangan dalam penambahbaikan dari aspek perundangan di Malaysia. Dalam akhir penulisan ini, pengkaji mendapati bahawa kehadiran gender ketiga ini masih tidak dapat pengiktirafan dari sudut perundangan Islam dan hukum syarak tetapi dari segi perundangan sivil masih menerima golongan ini selagi tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang. Oleh itu, satu peruntukan undang-undang perlu diwujudkan dengan jelas bagi memastikan kehadiran gender ketiga ini benar-benar tidak diiktirafakn di Malaysia, malah mengelakkan kekeliruan masyarakat terhadap peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan oleh negara ini.

Keywords


Gender ketiga; hukum syarak; undang-undang

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.