REAKSI RESPONDEN DALAM KALANGAN TRANSGENDER DAN TRANSEKSUAL

Mohammad Ramzi Zakaria, Dr. Asma Hakimah Ab. Halim, Prof Madya Shamsuddin Suhor

Abstract


Transeksual merupakan satu induk kemahuan seks yang menyimpang, manakala transgender adalah silang gender daripada gender asal. Bagi mendapat hak golongan-golongan ini telah memperjuangkan dan menegakkan hak kebebasan asasi mereka di negara ini. Perkara ini telah menimbulkan kebimbangan dan kemungkinan membawa pemasalahan kepada negara sekiranya hak-hak yang dituntut itu diberikan kepada mereka. Oleh itu, bagi mengenal pasti punca pemasalahan ini, pengkaji telah mengambil langkah untuk mendekati golongan-golongan ini melalui temubual dan mendapati pelbagai cabaran dihadapi ketika mengumpul dan memperolehi data tersebut. Kajian ini menceritakan pengalaman yang dilalui dan cabaran fizikal dan mental yang dihadapi ketika membuat kajian tersebut untuk dikongsi bersama. Akhir kajian, penulis mendapati cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mana-mana pengkaji yang melibatkan responden dalam kategori ini perlu mengambil langkah awal sebelum bertindak mendekati mereka agar tidak berlaku permasalahan ketika menjalankan apa-apa kajian.

Keywords


Transeksual; transgender; gender; cabaran-cabaran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2019 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.