BENTUK-BENTUK EMOSI REMAJA HAMIL LUAR NIKAH

Siti Aishah Yahya, Fariza Md.Sham

Abstract


Remaja hamil luar nikah adalah remaja yang telah mengandung sebelum berkahwin di mana kewujudan hubungan seks di antara dua pasangan yang tidak mempunyai pertalian nikah yang sah. Remaja hamil luar nikah tergolong umur di antara 13 hingga 18 tahun. Banyak isu-isu yang menyebabkan kehamilan luar nikah ini antaranya faktor persekitaran, keluarga, kemurungan, kesunyian dan sokongan sosial. Emosi dalam pendekatan dakwah terbahagi kepada dua iaitu emosi dari sudut Al-quran dan emosi dari sudut hadis. Terdapat pelbagai bentuk-bentuk emosi yang ditunjukkan oleh remaja yang sedang mengalami kehamilan ini seperti romantik, mudah keliru dan emosi marah. Bentuk emosi menurut Barat terbahagi empat faktor iaitu emosi dari segi kebolehan membuat persepsi berkaitan emosi, pemikiran berdasarkan emosi, memahami emosi dan mengurus emosi. Disamping itu juga, bentuk-bentuk emosi menurut pandangan Islam pula adalah emosi kesempitan jiwa, ketakutan, kegelisahan, berkeluh kesah, ketakutan yang berlebihan, kebimbangan, kebingunan dan mungkin juga akan hilang akal akibat daripada ketakutan yang luar biasa.

Keywords


bentuk-bentuk emosi; remaja hamil; hamil luar nikah; dakwah; psikologi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.