FARDHU ‘AIN SEBAGAI KERANGKA PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR DI INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM

Muslihah Mazlan, Mohd Azam Yahya, Fatimah Nadirah Mohd Noor

Abstract


Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ain sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang telah dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu Tauhid (akidah), Fekah (syariat) dan Tasauf (akhlak) mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini kerana elemen akidah akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan tuhan. Manakala elemen Fekah (syariat) juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari faktor dalam diri pelajar.

Keywords


Fardhu?ain, fekah, tasauf, tauhid

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.