INSTRUMEN PELABURAN BAGI PENJANAAN DANA WAKAF INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT):SATU TINJAUAN

Roslina Hashim, Rahisam Ramli, Nur Farhana Dahalan, Nur Yuhanis Ismon, Shahrina Romli

Abstract


Wakaf pendidikan merupakan sesuatu dana dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan yang digunakan untuk pembangunan pendidikan. Wakaf pendidikan tinggi telah mula berkembang di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia yang ingin mengurangkan kebergantungan pendidikan dengan menggunakan dana kerajaan. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf pendidikan melalui IIUM Endowment Fund pada tahun 1999. Perkembangan ini diikuti oleh beberapa buah IPT lain dari tahun ke tahun. Namun begitu, penjanaan dana wakaf melalui instrumen pelaburan masih belum berkembang. Terdapat pelbagai instrumen pelaburan yang boleh digunakan oleh IPT tetapi belum ada kajian khusus yang dilakukan untuk mengkaji instrumen tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji instrumen-instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah jenis kajian deskriptif. Kaedah kajian menerusi kaedah perpustakaan dengan merujuk kepada artikel, jurnal, kertas persidangan, penyelidikan dan dokumen yang berkaitan yang dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian mendapati terdapat empat instrumen pelaburan yang berpotensi untuk menjana dana wakaf IPT. Instrumen tersebut ialah sukuk musyarakah, wakaf korporat, sukuk ijarah dan wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (i-REIT). Implikasi penting kajian ini mendapati pendekatan baru perlu dilaksanakan oleh IPT dalam penjanaan dana wakaf dengan mereka bentuk model pelaburan yang bersesuaian untuk pembangunan wakaf IPT.

Keywords


Penjanaan dana wakaf, intrumen pelaburan, dana wakaf IPT, sukuk musyarakah, wakaf korporat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.