PERKEMBANGAN PENULISAN SERTA PENGGUNAAN ISTILAH QAWL MU’TAMAD DI DALAM MAZHAB SHAFI’I

Aizul Mohd Ismon, Muhammad Alif Md Aris

Abstract


Mazhab Shafi’i adalah salah satu mazhab yang muncul dalam era perkembangan ilmu Islam. Kelahiran dan kemasyhuran mazhab ini dibuktikan dengan terhasilnya pelbagai karya-karya fiqh yang telah ditulis oleh para tokoh dan pendokong mazhab. Namun begitu, di dalam hasil karya ini, terdapat beberapa istilah-istilah tertentu yang menunjukkan sesuatu makna tertentu yang tidak diterangkan secara terperinci. Ini menyebabkan timbulnya kekeliruan dan keraguan dikalangan pembaca dan pengkaji fiqh terutamanya yang baru berjinak-jinak dalam bidang fiqh ini. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti istilah-istilah dan autoriti qawl mu’tamad dalam mazhab Shafi’i. Bagi menyempurnakan kajian ini, pengkaji telah menggunakan metod kualitatif. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan penulisan mazhab shafi’i mempunyai beberapa peringkat iaitu al-Ta’sis, al-Naql, Tadwin Furu’ al-Madhab wa al-Tawsi’ fi Masailah, al-Tahrir, dan al-Istiqrar. Perkembangan ini juga mempengaruhi penggunaan istilah-istilah tertentu yang digunakan oleh para mujtahid mazhab Shafie seperti qawl mu’tamad. Penggunaan istilah qawl mu’tamad dikategorikan kepada dua kategori iaitu qawl mu’tamad yang bersumber daripada imam Shafi’i dan qawl mu’tamad yang bersumber daripada ashab Shafi’i. Penggunaan istilah ini bertujuan untuk mengenali pandangan yang ditarjihkan dan ia merupakan ijitihad imam Shafi’i dari segala pandangan-pandangan beliau. Kemudian, pandangan yang terbit daripada kaedah-kaedah dan usul-usulnya yang sah sandaran kepada mazhabnya dan ia lazim berfatwa, berhukum dan mengikutnya bagi pengikut mazhabnya Perkembangan mazhab ini bertitik tolak daripada kesinambungan para fuqaha Shafi’iyyah yang meneruskan tradisi ilmu yang berpandukan manhaj Imam Shafi’i.

Keywords


Penulisan; Istilah Qawl Mu’tamad; Mazhab Shafi’i

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.