PERSEPSI DAN MINAT PELAJAR TAHFIZ BESTARI TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Nur Afifah Fadzil, Ahmad Nurilakmal Norbit, Muhammad Dzarif Ahmad Zahidi, Nuraznan Jaafar

Abstract


Persepsi dan minat pelajar merupakan aspek yang mampu memberikan kesan kepada sesuatu pembelajaran. Persepsi yang positif dan baik memberikan gambaran yang baik dan mampu meningkatkan minat terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Apabila tahap minat meningkat, individu tersebut akan melakukan sesuatu perkara dengan lebih bersungguh-sungguh. Justeru, dalam pembelajaran bahasa Arab, persepsi dan minat memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 81 orang pelajar Tahfiz Bestari, Kolej Universiti Islam Melaka. Program ini merupakan program persediaan yang dikelolakan oleh Pusat Islam as-Syafie Kolej Universiti Islam Melaka. Tempoh program ini adalah selama sepuluh bulan sebagai persediaan para pelajar menduduki tujuh subjek untuk Sijil Pelajaran Malaysia termasuklah bahasa Arab disamping menghabiskan hafalan al-Quran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap minat pelajar Tahfiz Bestari terhadap pembelajaran bahasa Arab serta hubungan antara persepsi setelah mempelajari bahasa Arab dengan minat pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Ia juga bertujuan menganalisis dan memaparkan pengaruh persepsi setelah mempelajari bahasa Arab terhadap minat pelajar dalam bahasa Arab. Reka bentuk kajian tinjauan digunakan dalam memperoleh data. Soal selidik lima mata digunakan bagi mendapatkan data. Terdapat hubungan yang signifikan positif antara persepsi dengan minat dalam pembelajaran bahasa Arab yang disokong dengan kolerasi koefisyen (r = 0. 673, p < 0.01). Hubungan antara pemboleh ubah ini adalah positif dan menunjukkan semakin baik persepsi pelajar, semakin tinggi minat mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengaruh persepsi terhadap minat menunjukkan bahawa 45.3% (R2 = 0.453) faktor persepsi mempengaruhi minat terhadap bahasa Arab dan F-statistik (F = 65.483) sangat besar dan nilai p yang signifikan (0.000) atau lebih kecil daripada nilai alpha 0.01. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, ia menunjukkan persepsi mempunyai pengaruh yang besar dalam meningkatkan minat seseorang.

Keywords


Tahfiz Bestari; Persepsi; Minat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.