TEKS KHUTBAH JUMAAT NEGERI JOHOR 2017-2018: ANALISIS TAJUK DAN STATUS HADITH DALAM TEKS

Munirah Zakaria, Syaimak Ismail, Farah Hamizah Samsuddin, Nazrudin Hashim, Mohd Zainodin Mustaffa, Kamarulzaman Sulaiman

Abstract


Teks khutbah negeri Johor merupakan satu platform penting dalam memberi peringatan serta nasihat kepada masyarakat Islam yang berada di Johor. Ia merupakan medium terbaik bagi menyampaikan pesanan kepada umat Islam berkenaan isu akidah, Syariah dan akhlak serta isu-isu semasa yang berlaku di negeri Johor. Kajian ini memfokuskan kepada dua aspek, iaitu; bentuk pemilihan tajuk khutbah sepanjang tahun 2017-2018 dan status hadith yang digunakan untuk menyokong tajuk khutbah bagi setiap khutbah Jumaat sepanjang tahun 2017-2018 di negeri Johor. Kedua-dua kaedah kualitatif dan kuantitatif diimplementasikan bagi menjawab objektif serta persoalan berkaitan penyelidikan. Selain kaedah analisis kandungan, kaedah takhrij hadith juga digunakan dalam kajian ini bagi menentukan status hadith, manakala analisis deskriptif diperoleh menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences [SPSS 26.0]. Hasil kajian mendapati tajuk-tajuk teks khutbah sepanjang tahun 2017-2018 bersifat mendidik selain memberikan input-input penting berkaitan isu-isu agama dan membahaskan topik semasa yang berlaku di negeri Johor dengan sokongan dalil ayat al-quran dan hadith yang betepatan dengan tajuk. Namun begitu, penggunaan hadith dhaif di dalam teks khutbah perlu diberi perhatian oleh penulis teks khutbah negeri Johor supaya maklumat yang disampaikan tidak mengelirukan masyarakat.

Keywords


Teks Khutbah; JAINJ; 2017-2018; Analisis; Tajuk; Status Hadith

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2020 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.