METODOLOGI PERUMIAN KITAB-KITAB KLASIK, KAJIAN TERHADAP KITAB TAFSIR NUR AL-IHSAN

Luqman Hakeem Rusdi

Abstract


Kitab Tafsir Nur al-Ihsan didatangkan dengan skrip tulisan Jawi klasik yang sukar untuk dibaca apatah lagi difahami oleh masyarakat kini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendedahkan metodologi perumian dan pentahqiqan terhadap kitab klasik di alam Nusantara ini. Tumpuan kajian dijalankan dengan merumi terhadap kitab Tafsir Nur al-Ihsan. Kajian ini dijalankan dengan kaedah kepustakaan, análisis data terhadap buku-buku, makalah, artikel yang berkaitan dengan kitab-kitab klasik umpama kitab Tafsir Nur al-Ihsan yang ditulis oleh Haji Muhammad Sa?id, Mufti Kedah. Hasil kajian ini mendapati Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia 1972 menepati untuk merumikan teks kitab berkenaan, beberapa kaedah perumian juga turut diperolehi disamping pembetulan-pembetulan terhadap baris ayat al-Qur?an dan teks kitab berkenaan. Kesimpulan daripada kajian ini adalah kaedah Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu 1972 amat sesuai digunakan untuk merumikan teks Jawi kitab-kitab Melayu klasik, disamping memberikan nafas baru ianya juga menjadi lebih mudah dibaca dan difahami oleh generasi pada masa kini.

Keywords


Perumian, Kitab Tafsir Nur al-Ihsan, SERBBM 197

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2017 Jurnal Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.