HUBUNGAN PENGHAYATAN AGAMA DAN SOKONGAN SOSIAL TERHADAP TEKANAN DALAM KALANGAN MUALAF DI MELAKA

Siti Aishah Yahya, Norhasima Abdullah, Suzyliana Mamat, Atini Alias, Nor Azilah Johari

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan penghayatan agama dan sokongan sosial terhadap tekanan dalam kalangan Mualaf di negeri Melaka. Metodologi yang digunakan adalah kuantitatif iaitu tinjauan melalui soal selidik. Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan secara rawak dalam kalangan golongan Mualaf dari bangsa Batak, Bidayuh, Cina, Dusun, Filipino, Iban, India, Kadazan, Siam, Sikh di negeri Melaka. Seramai 33 orang yang telah dipilih untuk dijadikan responden. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Penghayatan Agama (Hatta 1996), tekanan (Dipression, Anxiety, Stress & Skill) dan sokongan sosial (Multidimensional Skill of Perceived Social Support). Data-data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 22). Hasil kajian mendapati terdapat hubungan antara penghayatan agama dengan tekanan iaitu nilai r=-.363, k<.05, tidak terdapat hubungan antara sokongan sosial dengan tekanan iaitu nilai r=-.280, k>.05 dan terdapat perbezaan penghayatan agama, sokongan sosial dan tekanan mengikut tempat tinggal dengan menunjukkan nilai t bagi penghayatan agama adalah t(31)=.151, k>.05, nilai t bagi sokongan sosial adalah t(31)=.412, k>.05 dan nilai t bagi tekanan pula adalah t(31)=-.083, k>.05. Kajian ini menunjukkan bahawa penghayatan agama dan sokongan sosial mempunyai hubungan yang signifikan tetapi terdapat perbezaan antara penghayatan agama, sokongan sosial dan tekanan berdasarkan tempat tinggal dan memberi impak yang besar dalam memahami penghayatan agama, sokongan sosial dan tekanan kepada semua jabatan kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta semua pihak yang sedang membangunkan golongan Mualaf di Malaysia.

Keywords


Penghayatan Agama; Sokongan Sosial; Tekanan; Mualaf

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.