PEMBINGKAIAN AKHBAR ONLINE MENGENAI ISU BANTAHAN PEMBELAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH VERNAKULAR DI MALAYSIA

Norli Yusuf, Mohd Sufiean Hassan, Tun Mastura Wan Lokman, Fazurah Mustaffa

Abstract


Pembingkaian (framing) memainkan peranan penting untuk memahami peranan media dalam pembinaan sesuatu berita. Pembingkaian adalah proses yang mencerminkan keputusan oleh pengamal media tentang apa yang dianggap penting atau layak untuk dijadikan berita yang mampu mempengaruhi pemikiran. Kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk pembingkaian berita bantahan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular di Malaysia dalam akhbar-akhbar online di Malaysia dan mengenal pasti perbezaan bingkai berita yang dipaparkan dalam akhbar-akhbar ini. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini menganalisis pembingkaian berita bantahan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular di Malaysia dalam akhbar-akhbar online di Malaysia iaitu Berita Harian Online dan Malaysiakini.com. Hasil kajian mengenalpasti bahawa kelima-lima bingkai generik digunakan oleh akhbar-akhbar ini. Kajian mendapati bingkai tanggungjawab kurang digunakan oleh Akhbar Berita Harian Online. Penentuan bingkai adalah berdasarkan isu yang ingin dilaporkan oleh wartawan. Disebabkan isu pembantahan tulisan jawi di sekolah vernakular merupakan isu yang penting dalam pendidikan dan perpaduan, maka ia memerlukan keprihatinan yang tinggi daripada semua pihak terutama media sebagai ejen sosialisasi.

Keywords


Pembingkaian; Tulisan Jawi; Bantahan; Pembelajaran; Sekolah Vernakular

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.