TUNKU ABDUL RAHMAN : THE CHALLENGE OF ESTABLISHING MALAYSIA

Mohd Afendi Daud, Mohd Sufiean Hassan, Abd. Aziz A’zmi

Abstract


Artikel ini bermula dengan pengenalan iaitu mengupas peristiwa penubuhan Malaysia yang telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman yang dikenali sebagai seorang pro-Barat. Kemudian melihat rasional penubuhan Malaysia dalam usaha beliau untuk merealisasikan penubuhan Malaysia bukanlah satu perkara yang mudah dan Tunku menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran sama ada dari dalam negara mahupun luar negara. Seterusnya bantahan penubuhan Malaysia yang lebih mencabar iaitu tekanan dari Sukarno, presiden Indonesia yang tidak mahu Malaysia ditubuhkan dengan melaksanakan konfrontasi dan menggunakan slogan “Ganyang Malaysia”. Satu tindakan yang dianggap agresif dan secara kekerasan ke atas negara Malaysia yang berdaulat dan merdeka. Sukarno beranggapan Malaysia adalah sebuah negara yang masih dijajah kerana masih rapat lagi dengan British walaupun sudah merdeka. Beliau menggelarkan Malaysia sebagai sebuah negara neo kolonialisme. Malaysia sebagai sebuah negara yang baru merdeka masih lagi bergantung kepada British dalam banyak bidang terutama pertahanan dan huhungan luar negara. Ancaman daripada Indonesia tidak melemahkan Malaysia dan pihak British bersama Komanwel telah membantu Malaysia dalam usaha menangani tekanan daripada pihak Indonesia. Begitu juga Filipina turut memberi tekanan kepada Tunku dengan menyatakan North Borneo (Sabah) adalah milik mereka dan mahukan Malaysia memulangkan semula kepada mereka. Pertelingkahan ini telah berlanjutan hingga membawa kepada pemberontakan yang diketuai oleh A. M. Azahari di Brunei. Beliau turut tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Malaysia. Pemberontakan oleh Azahari berjaya ditumpaskan dengan bantuan dari Malaya, Komanwel dan British. Walau bagaimanapun Brunei telah menarik dari daripada bersama Malaysia. Penubuhan Malaysia diteruskan tanpa Brunei dan Malaysia berjaya ditubuhkan walaupun terdapat protes dari Indonesia, Filipina dan Brunei. Akhir sekali adalah kesimpulan.

Keywords


Tunku Abdul Rahman; Konfrontasi; Indonesia; Komanwel; Pemberontakan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2021 Jurnal 'Ulwan

This is an Open Access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International (CC BY-NC-ND 4.0), permitting copy and redistribute the material in any medium or format.